Berita

Kerajaan jimat RM4.1 bilion hasil pelaksanaan subsidi bersasar elektrik - Steven Sim

Deputy Finance Minister, Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kerajaan memperoleh penjimatan sebanyak RM4.1 bilion melalui pelaksanaan subsisi elektrik bersasar pada separuh tahun 2023.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim berkata kos sebenar subsidi untuk mengekalkan tarif elektrik semasa jika dilaksanakan secara menyeluruh akan mencecah RM14.9 bilion namun dengan pemberian bersasar kini melibatkan kos keseluruhan RM10.8 bilion sahaja. 

Beliau berkata melalui pelaksanaan bersasar, sebahagian pelepasan kos-kos tidak seimbang dilepas kepada pengguna-pengguna voltan sederhana dan tinggi daripada kalangan pemain industri, termasuk syarikat multinasional (MNC), dengan dikenakan surcaj 20 sen/kWj.

“Pelaksanaan ini hanya melibatkan satu peratus pengguna elektrik paling tinggi, kebanyakannya MNC,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Sim berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan apakah mekanisma terkini pengagihan subsidi yang dilaksanakan agar lebih bersasar dan mengelakkan ketirisan.

Sementara itu Sim berkata kerajaan juga dalam fasa  kajian bagi pelaksanaan pemberian subsidi bersasar bagi diesel.

Beliau berkata kajian itu antaranya melibatkan model pelaksanaan, kadar kebolehlaksanaan dan cadangan melakukannya secara berperingkat.

“Pemberian subsidi diesel ini dijangka tidak akan meningkatkan kos pada industri sedia ada.. namun kerajaan tetap menitikberatkan aspek pelaksanaan dan komunikasi kepada industri agar tidak berlaku kejutan ekonomi.

“Perkara ini di dalam perhatian Task Force kementerian supaya ia laksanakannya secara teliti, subsidi bersasar elektrik adalah tahap pertama,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad mengenai apakah kerajaan sudah mempunyai mekanisma bagi pemberian subsidi di dalam segmen lain seperti gas dan minyak masak.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Rapat Dengan Arab Saudi Dalam Bidang Tenaga Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui  selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Malaysia Libatkan Diri Secara Aktif Dengan Negara Asean Kukuhkan Ketersambungan Tenaga - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia terlibat secara aktif dengan negara-negara ASEAN lain untuk memacu inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN, yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di seluruh rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Storan Tenaga Penting Dalam Majukan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia - Schneider Electric

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Storan tenaga memainkan peranan penting dalam memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia kata Naib Presiden Kanan Secure Power Division Schneider Electric Natalya Makarochkina.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]