Berita

SEDC Energy lancar stesen pelbagai bahan api di Daro



MUKAH, 19 Mac (Bernama) -- Masalah kesukaran untuk mendapatkan bahan api di daerah Daro di sini telah berjaya diselesaikan dengan pelancaran stesen mengisi minyak pelbagai bahan api oleh SEDC Energy Sdn Bhd (SEDC Energy).

Stesen itu yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merupakan stesen mengisi minyak pelbagai bahan api kedua SEDC Energy selepas pembukaan stesen utamanya di Darul Hana di Kuching tahun lepas. 

Stesen di Daro itu adalah stesen pelbagai bahan api Dealer Owned, Dealer Operated (DODO) (stesen dimiliki dan diusahakan peniaga) yang pertama seumpamanya di landskap bandar Sarawak, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut SEDC Energy, stesen itu juga merupakan langkah pertamanya untuk mengembangkan rangkaian menerusi pengambilan peniaga yang berminat mengusahakan stesen mengisi minyak pelbagai bahan api DODO di seluruh Sarawak, termasuk di kawasan luar bandar. 

“Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk meningkatkan taraf hidup dan memenuhi keperluan rakyat,” katanya. 

Pada masa depan, syarikat itu merancang untuk membuka lebih banyak stesen mengisi minyak pelbagai bahan api di seluruh Sarawak, menawarkan bukan hanya bahan api fosil konvensional tetapi juga kemudahan mengecas kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada tumpuannya kepada kelestarian alam sekitar dan pengangkutan. 

“Stesen pelbagai bahan api yang dibuka di sepanjang lebuh raya Pan Borneo dan kawasan strategik akan dilengkapi dengan dispenser mengisi bahan api hidrogen bagi menampung keperluan kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV), selain daripada bahan api konvensional dan pengecas EV,” katanya. 

SEDC Energy ialah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Rapat Dengan Arab Saudi Dalam Bidang Tenaga Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui  selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Malaysia Libatkan Diri Secara Aktif Dengan Negara Asean Kukuhkan Ketersambungan Tenaga - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia terlibat secara aktif dengan negara-negara ASEAN lain untuk memacu inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN, yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di seluruh rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Storan Tenaga Penting Dalam Majukan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia - Schneider Electric

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Storan tenaga memainkan peranan penting dalam memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia kata Naib Presiden Kanan Secure Power Division Schneider Electric Natalya Makarochkina.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]