Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman
BUTTERWORTH, 26 Feb (Bernama) -- Projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mentrasformasikan Bandar Bertam sebagai bandar tenaga pintar, dijangka berpotensi untuk mengurangkan tenaga dan pelepasan karbon sebanyak 69.7 peratus.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) dan UKM Pakarunding dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd telah mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.
"Sebanyak empat buah bangunan di Daerah Bertam dipilih untuk pelaksanaan projek ini, antaranya Masjid Abdullah Fahim, Hospital Kepala Batas, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas serta Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Utara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Bandar Tenaga Pintar Bertam- Penyerahan Solar PV Sistem Kepada Pemilik Bangunan dan Persembahan 3D Digital Twin Bandar Pintar Bertam, di sini hari ini.
Ahmad Zakiyuddin berkata, projek ini dengan rasminya telah disiapkan pada hari ini setelah tergendala hampir tiga tahun akibat pandemik COVID-19.
Katanya hasil simulasi menunjukkan garis pangkal penggunaan tenaga keseluruhan Bandar Bertam adalah sebanyak 928 gigawatt jam (GWh) dan pelepasan karbon sebanyak 479,123 ton karbon dioksida (CO2) setahun.
"Setelah menjalani simulasi pengurangan tenaga, Bandar Bertam berpotensi untuk mengurangkan tenaga dan pelepasan karbon sebanyak 69.7 peratus," katanya.
Beliau berkata jumlah saiz sistem Solar PV yang telah dipasang adalah sebanyak 41 “kilowatts peak (kWp)”, berkemampuan menjana tenaga suria sebanyak 57,400 kilowatt jam (kWh) setahun dan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 835 ton CO2 setahun.
Katanya transformasi ini merangkumi pendekatan holistik, iaitu dengan mengintegrasikan pemuliharaaan tenaga yang boleh diperbaharui iaitu tenaga suria.
"Projek ini adalah selaras dengan visi Penang2030 yang tertumpu pada aspek negeri hijau dan pintar selain keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]