Berita

Solarvest peruntuk sehingga 1 juta bagi program pemula niaga SIL 2023



PETALING JAYA,15 Feb (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) dijangka memperuntukkan sehingga RM1 juta bagi program pemecut syarikat pemula niaga, Makmal Inovasi Solarvest (SIL) 2023.

Penasihat program, Gan Teck Hooi berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk pelaburan ekuiti bagi pendanaan pemecut.

“Peruntukan itu kebanyakannya untuk pelaburan dan jumlah yang akan dilaburkan bergantung kepada potensi idea perniagaan, tertakluk kepada kelulusan lembaga pengarah,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan SIL 2023 di sini hari ini.

SIL 2023 adalah kesinambungan dan penggiatan semula SIL 2021 yang dimulakan pada Oktober 2021, yang ditubuhkan untuk mendorong inovasi dan pembangunan keusahawanan di Malaysia dengan tumpuan utama kepada teknologi hijau, teknologi kewangan (fintech) dan tenaga boleh baharu.

Melalui SIL 2023, Solarvest bekerjasama dengan kumpulan rakan strategik lebih besar termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Telekom Malaysia Bhd, OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Microsoft Malaysia Sdn Bhd, Pitch Platforms Sdn Bhd, Alta Group Malaysia dan Common Ground Works Sdn Bhd.

Solarvest dalam kenyataan berkata program pemula niaga itu merangkumi dua pusingan pendanaan - iaitu pendanaan awal dan pendanaan pemecut.

Pusingan pendanaan awal menawarkan RM10,000 kepada calon terpilih untuk memperlihatkan konsep perniagaan dalam tempoh enam bulan dan calon yang mempunyai idea perniagaan berdaya maju berpeluang menyertai pusingan pendanaan pemecut dan berpotensi menerima modal sebanyak RM100,000 juta untuk melaksanakan idea mereka dalam masa 12 bulan.

“Kami tidak terlalu meletakkan harapan tinggi apabila bercakap mengenai perolehan, namun, sekurang-kurangnya mereka perlu berdikari selepas setahun.

“Kami berharap jumlah pelaburan yang kami biayai akan membolehkan pemula niaga sekurang-kurangnya bertahan sehingga mereka mengkomersialkan perniagaan,” kata Gan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata sebagai peneraju industri tenaga bersih, Solarvest bermatlamat untuk mengetengahkan idea-idea revolusi dalam industri utama iaitu teknologi hijau, fintech dan tenaga boleh baharu yang memainkan peranan penting dalam ekosistem tenaga bersih.

“Sehubungan itu, beri lebih dorongan kepada sempadan inovasi dan rapatkan jurang di antara konsep perniagaan baharu dengan penyelesaian boleh dipasarkan,” katanya dalam kenyataan berasingan.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]