Berita

Sarawak, Indonesia jalin kerjasama bangun empangan hidroelektrik di Nusantara



KUCHING, 11 Feb (Bernama) -- Sarawak bakal menjalin kerjasama dengan Indonesia untuk membangunkan empangan hidroelektrik di Nusantara, yang merupakan ibu kota baharu negara itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu masih di peringkat kajian.

“Ini membuktikan Sarawak berjaya melebarkan pengaruhnya dan menjalin kerjasama dengan negara-negara lain atas keyakinan mereka terhadap dasar kita,” katanya semasa berucap pada majlis apresiasi Gabungan Parti Sarawak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di sini malam ini.

Beliau berkata selain Indonesia, Sarawak akan memperkukuh kerjasama dengan negara jiran lain termasuk Brunei terutama dalam usaha menambah baik jaringan jalan raya.

“Untuk kerjasama dengan Singapura pula, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyokong usaha Sarawak untuk menjual tenaga elektrik kepada republik itu,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]