Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 11 Feb (Bernama) -- BSL Oilfield Services kekal positif dengan permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan dan peralatannya, dipacu oleh aktiviti minyak dan gas (O&G) luar pesisir yang stabil tahun ini.
Pengarah Urusan Fauziah Tranchand berkata, industri minyak dan gas telah membuat kemunculan semula yang kukuh pada tahun lalu apabila harga minyak mencapai paras tertinggi sejak penguncupan ekonomi global yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan ketidakseimbangan pasaran tenaga yang berterusan.
“Pembukaan semula ekonomi dunia dan penarikan balik sekatan perjalanan telah menyumbang kepada lonjakan dalam permintaan walaupun persekitaran ekonomi yang masih mencabar.
“Memandangkan BSL Oilfield Services memasuki 2023 dengan penuh keyakinan, syarikat merancang untuk terus melabur dalam mengembangkan perniagaan dan inisiatif pertumbuhan,” kata Fauziah dalam temu bual dengan Bernama sebelum pelancaran rasmi pemindahan BSL Containers Sdn Bhd yang berpangkalan di Labuan ke tapak baharu di Jalan Kolam di sini hari ini.
BSL Oilfield Services, yang beribu pejabat di Singapura, dengan cawangannya di Labuan, Bintulu, Kemaman dan Kuala Lumpur, mengkhususkan dalam pembekalan kontena luar pesisir, bakul, kontena sejuk, tangki dan peralatan aktiviti O&G luar pesisir.
BSL Oilfield Services juga menawarkan rangkaian modul yang komprehensif, seperti kontena, tangki, bakul, rak botol, kotak peralatan, kotak berketinggian separuh dan kotak sisa buangan bagi menyokong projek luar pesisir termasuk projek tenaga boleh diperbaharui dalam industri tenaga angin luar pesisir.
“Daripada menyewa hinggalah kepada membeli, pasukan profesional kami di pelbagai wilayah akan menawarkan penyelesaian terbaik kepada pemain industri dan membantu mereka berjaya dalam pasaran tenaga angin yang berkembang pesat,” kata Fauziah.
Pelanggan-pelanggan syarikat itu termasuklah syarikat tempatan dan multinasional, seperti Petronas Carigali.
"Memandangkan keperluan organisasi maritim antarabangsa untuk kontena peralatan O&G dari darat ke luar pesisir menjadi sesuatu yang mandatori, kami optimistik mengenai kesinambungan dalam perkhidmatan medan minyak," kata Fauziah.
Beliau berkata, peningkatan dalam aktiviti berkaitan O&G luar pesisir seperti kerja-kerja penggerudian, penerokaan dan pengeluaran minyak memberi petanda yang baik untuk sektor perkhidmatan di medan minyak.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]