Berita

Sarawak akan eksport tenaga elektrik ke Sabah menjelang 2024



KUCHING, 29 Nov (Bernama) -- Sarawak akan mengeksport tenaga elektriknya ke Sabah menjelang 2024 apabila projek penjanaan dan penghantaran di Northern Grid Extension bahagian utara itu siap kelak.

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata buat masa kini, projek bekalan elektrik ke Sabah itu masih dalam peringkat rundingan komersial.

“Pembekalan elektrik sebanyak 30MW ke Sabah Electrricity Sdn Bhd (SESB) adalah disasarkan pada 2024 bergantung kepada siapnya projek Northern Grid Extension,” katanya dalam ucapan penggulungan bajet negeri 2023 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Julaihi berkata jumlah tenaga yang dieksport itu melibatkan dua peratus daripada kapasiti sedia ada pada masa ini iaitu berjumlah 5,996MW. 

“Untuk rekod, penggunaan elektrik di Sarawak sekarang berjumlah 4,398MW. Ini bermakna kita masih mempunyai baki sebanyak 1,478 MW yang mencukupi untuk kegunaan dan keperluan dalam negeri, termasuk penyambungan di bawah Skim Additional Late Applicant Fund,” katanya.

Tambah Julaihi, stesen-stesen jana kuasa baharu yang sedang dalam perancangan dan pembinaan itu adalah Combine Cycle Gas Turbine (CCGT) di Miri, CCGT di Samalaju, Sistem Solar Terapung di Empangan Batang Ai dan Empangan Baleh, yang dijangka siap antara 2023 hingga 2028.

Selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi pusat kuasa tenaga Asia Tenggara, Sarawak telah membekalkan sejumlah 89.6MW secara puratanya tenaga elektrik ke Kalimantan, Indonesia sejak 2016  September sehingga September tahun ini.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]