SGH Chief Operating Officer & Smart Modular Technologies President, Jack Pacheco (third left); and GSPARX Sdn Bhd Managing Director, Elmie Fairul Mashuri (third right) are holding the SARE signed documents. Together with them are SMART Modular Technologies General Manager of Finance, Foo Li Lin (extreme left); SMART Modular Technologies Vice President, Vejay Kumar (second, left); Penang State Executive Councillor for Infrastructure and Transport, Zairil Khir Johari (centre); TNB's Head of State Retail (Penang), U. Ananda Rani (second right); and General Manager (Stakeholder Affairs – Penang), Haji Ismail Lathifi (extreme right). Credit: TNB
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), GSPARX Sdn Bhd, telah membentuk kerjasama dengan SMART Modular Technologies Inc (SMART) untuk membolehkan SMART memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memperoleh 100 peratus tenaga elektrik yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui.
Menerusi kerjasama ini, SMART akan menjadi perbadanan multinasional pertama di Pulau Pinang dan syarikat elektronik berpangkalan di Amerika Syarikat pertama di Malaysia mencapai kejayaan itu, kata TNB dan SMART dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Ini akan dicapai menerusi operasi Seberang Jaya SMART, kilang pembuatan utamanya di rantau ini.
Pencapaian ESG itu adalah hasil daripada pemasangan penyelesaian tenaga solar atas bumbung dan Tarif Elektrik Hijau (GET) yang disediakan oleh TNB.
Pengarah Urusan GSPARX Elmie Fairul Mashuri berkata kerjasama dengan SMART untuk memenuhi matlamat ESGnya menjadi contoh kepada MNC lain di Malaysia untuk memulakan inisiatif serupa bagi mengurangkan jejak karbon masing-masing.
"Sebaik sahaja kami menyiapkan pemasangan solar, SMART akan mampu menyalurkan 1,496 MWj tenaga solar setiap tahun," katanya.
Beliau berkata jumlah imbangan (offset) karbon ialah 5,403 tan metrik setahun, bersamaan dengan 99,128 anak pokok yang tumbuh selama 10 tahun apabila GET dan penyelesaian solar atas bumbung digunakan bersama.
Sementara itu, Presiden Smart Modular Jack Pacheco berkata untuk mencapai 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, 80 peratus akan dicapai melalui langganan SMART kepada tarif hijau TNB dengan jumlah langganan 6.96 GWj setiap tahun.
“Baki 20 peratus lagi akan dikuasakan oleh pemasangan fotovolta solar (PV) atas bumbung GSPARX dengan kapasiti 1,051kWp di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE),” katanya.
Sehingga kini, GSPARX telah berjaya memperoleh 287 projek merangkumi organisasi komersial, perindustrian dan kerajaan, menjana 232 MWp kapasiti solar secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]