PASIR MAS, 10 Nov (Bernama) -- Projek Ladang Solar Terapung Danau Tok Uban di sini, akan membekalkan tenaga berkapasiti 100 megawatt (MW) sebulan kepada 40,000 buah rumah setahun di Kelantan, mulai tahun depan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata projek tersebut telah mencapai kemajuan melebihi 90 peratus setakat ini dan dijangka siap pada suku pertama 2023 sebelum elektrik tersebut dapat disalurkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Projek ini akan menjana tenaga hijau lagi bersih dan mencukupi untuk dibekalkan kepada 40,000 buah rumah setiap tahun.
"Ini dipercayai akan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 100,000 tan setiap tahun, satu nilai yang amat besar serta penting dalam usaha kita untuk mengurangkan pelepasan karbon.
“Saya juga amat berbangga (kerana bekalan tenaga) ini datang dari Kelantan," katanya ketika berucap selepas meninjau persiapan akhir pengoperasian kemudahan solar terbabit, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cypark Resources Berhad Datuk Daud Ahmad.
Mengulas lanjut, Takiyuddin juga menyifatkan projek tersebut sebagai ikonik dan bertaraf dunia yang boleh dibanggakan oleh rakyat negara ini.
"Projek yang menggunakan teknologi pengapung yang diintegrasikan bersama akuakultur juga yang terbesar di dunia.
“Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan turut membangunkan kawasan persekitaran sebagai destinasi pelancongan baharu di Kelantan," katanya.
Sementara itu, Daud berkata projek bernilai RM450 juta itu membabitkan pelaburan oleh dua syarikat tempatan milik bumiputera iaitu Cypark Estuary Sdn Bhd dan Cove Suria Sdn Bhd yang melantik Cypark REF Sdn Bhd, anak syarikat Cypark Resources Berhad sebagai kontraktor turnkey kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC).
Dua syarikat berkenaan turut bekerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn Bhd yang juga anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]