Berita

Pekat, Proton bekerjasama untuk promosi ekosistem solar PV

(From left to right) Proton Edar Sdn Bhd chief executive officer Roslan Abdullah, Proton Global Services Sdn Bhd Lee Yeet Chuan, Solaroo System Sdn Bhd director Johann Sze and Pekat Group Berhad chief executive officer Chin Soo Mau. (Credit: Pekat Group Bhd)

PETALING JAYA, 23 Ogos (Bernama) -- Pakar fotovoltaik solar (PV) dan pembumian serta perlindungan daripada kilat, Pekat Group Bhd (Pekat) berganding bahu dengan Proton Holdings Bhd untuk mempromosikan penggunaan sistem solar PV dalam ekosistemnya dan dalam kalangan pekerja sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian tenaga pembuat kereta nasional itu.

Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai hari ini antara Solaroo Systems Sdn Bhd dan Proton Global Services Sdn Bhd (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata dengan kos tenaga yang masih meningkat ditambah dengan dorongan berterusan dalam kalangan pemegang kepentingan yang mengutamakan karbon ke arah kemampanan, perkongsian antara PGS dan Solaroo menandakan permulaan fasa seterusnya dalam perjalanan Proton ke arah penggunaan tenaga hijau yang lebih holistik.

“Berikutan pelaburan kami ke dalam teknologi tenaga baharu di Tanjung Malim, kami berharap dapat menggunakan lebih banyak langkah penjimatan tenaga di seluruh ekosistem kami selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU tersebut di sini, hari ini .

Perkongsian itu dibina atas kejayaan Pekat melancarkan sistem PV solar bersambung grid 12 megawatt (MWp) di kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim, Perak, ia telah membantu Proton mengurangkan jejak karbon dan kos tenaga sejak Mac tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Proton akan secara aktif mempromosikan penggunaan sistem PV solar yang disediakan oleh pembekal industri termasuk anak syarikat solar Pekat Solaroo Systems Sdn Bhd dengan menunjukkan penjimatan yang boleh dijana dan faedah yang dibawanya kepada alam sekitar.

Sementara itu, Pengarah Solaroo Systems Sdn Bhd Johann Sze berkata kerjasama itu akan menambah rekod prestasi Solaroo dalam segmen komersial dan perindustrian manakala dengan kenaikan tarif elektrik, penggunaan tenaga boleh diperbaharui akan meningkat dalam ekonomi hari ini.

"Kami amat gembira kerana perkongsian kami dengan Proton terus berkembang. Kami teruja bahawa Solaroo akan menyokong Proton secara lebih luas sambil mereka meneruskan peralihan tenaga mereka. Kami tahu bahawa tenaga solar mengurangkan kos tenaga dengan ketara, seperti yang ditunjukkan dengan penjimatan lebih RM4 juta setahun daripada aset solar Tanjung Malim Proton sahaja.

"Tetapi yang lebih penting, aset solar yang sama itu mengurangkan pelepasan CO2 daripada kemudahan itu sebanyak lebih lapan ribu tan setahun. Menggunakan ‘playbook’ (buku panduan) yang sama untuk ekosistem Proton dan pekerjanya, kami berharap kepakaran kami dapat membantu syarikat mengurangkan pelepasan, mengurangkan tenaga elektrik. kos, dan menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar kita," katanya.

Aset PV solar Pekat bernilai RM33.1 juta, 9.31 hektar di kilang Proton Tanjung Malim berpotensi memberikan penjimatan tenaga tahunan sebanyak RM5.85 juta untuk pembuat kereta itu dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada kemudahan itu sehingga 11,536 tan setahun.

Pekat telah berjaya memperoleh lebih 195 MW projek pemasangan PV solar di atas bumbung  di seluruh negara merentasi pelanggan kediaman, komersial dan industri.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]