Berita

Malaysia punyai sumber mencukupi untuk bina lebih banyak loji janakuasa turbin gas - Pakar

CGN Korea Holdings Co Ltd joint representative director Lee Sangjin (Credit: Edra Energy)

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Malaysia mempunyai jumlah sumber asli mencukupi untuk membina lebih banyak loji janakuasa turbin gas bagi menyediakan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Malaysia, kata seorang pakar dalam bidang tenaga.

Pengarah Wakil Bersama CGN Korea Holdings Co Ltd Lee Sangjin berkata negara mempunyai bahan mentah yang mencukupi untuk loji janakuasa turbin gas kerana Malaysia merupakan salah satu pengeksport terbesar gas asli cecair (LNG).

Pada masa ini, Malaysia mempunyai dua loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT), Edra Melaka Power Plant dan Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, membekalkan sebanyak 3,682 megawat tenaga elektrik ke grid nasional. 

“Melangkah ke arah mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang tahun 2050, pilihan yang boleh dilakukan untuk Malaysia ialah menggantikan loji janakuasa arang batu dengan lebih banyak loji janakuasa turbin gas untuk menjana elektrik,” Lee memberitahu Bernama di luar Sidang Kemuncak Penjanaan Tenaga Turbin Gas Global, di sini hari ini.

Sidang kemuncak selama dua hari itu merupakan anjuran CGN Energy International dan Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Sementara itu, Lee berkata susulan permintaan elektrik yang semakin meningkat pada masa depan dan pertambahan kenderaan elektrik di pasaran, mempunyai lebih banyak loji janakuasa turbin gas akan membantu menjana lebih banyak tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan.

“Penjanaan tenaga turbin gas boleh menyalurkan banyak tenaga elektrik yang akan melengkapkan bekalan elektrik daripada loji janakuasa tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti tenaga solar atau tenaga angin yang mempunyai had tertentu.

"Secara relatifnya, penjanaan tenaga turbin gas juga lebih murah daripada penjanaan kuasa RE," kata Lee.

Beliau berkata wujud peluang besar bagi syarikat tempatan dan antarabangsa untuk melabur dalam membina lebih banyak loji janakuasa turbin gas bagi membekalkan elektrik terutamanya di bahagian utara Malaysia, kebanyakan kilang semikonduktor terletak di sana.

“Selain itu, Malaysia juga merupakan tempat yang bagus untuk pelaburan oleh syarikat antarabangsa kerana keadaan keselamatannya dan sumber bahan mentah yang banyak,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]