Berita

Bahrain hasrat tukar kepakaran dengan Malaysia dalam sektor air, tenaga

Credit: Bahrain News Agency

MANAMA, 17 Ogos (Bernama) -- Bahrain berhasrat untuk bertukar kepakaran dengan Malaysia dalam membangunkan sektor air, elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Elektrik dan Air Bahrain Yasser Ibrahim Humaidan ketika bertemu Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran di pejabat menteri itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).

Ketika pertemuan itu, Yasser dan Shazryll mengakui hubungan dua hala semakin kukuh antara Kuala Lumpur dan Manama serta kedua-dua mereka membincangkan cara untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Hubungan dua hala antara Bahrain dan Malaysia telah terjalin sejak 1974, dengan pembukaan kedutaan Bahrain di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada Julai 2019.

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, eksport Malaysia ke Bahrain telah meningkat pada kadar tahunan 3.56 peratus, iaitu sekitar US$25.5 juta pada 1995 kepada US$61 juta pada 2020, manakala eksport Bahrain ke Malaysia meningkat pada kadar tahunan 13.1 peratus daripada US$31.7 juta tahun 1995 kepada US$688 juta pada 2020.

Sementara itu pada 2020, Malaysia mengeksport produk bernilai US$61 juta ke Bahrain, iaitu petroleum ditapis (US$8.39 juta), minyak sawit (US$6.98 juta) dan papan kayu (US$4.66 juta).

Bahrain pula mengeksport produk bernilai US$688 juta iaitu aluminium mentah (US$558 juta), petroleum ditapis (US$98 juta) dan kok petroleum (US$15.6 juta).

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]