Berita

Tarif elektrik: Kos ICPT dianggar cecah RM20 bilion - Takiyuddin



KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kos pelarasan tarif elektrik melalui Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 dianggarkan mencecah hampir RM20 bilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kos RM7 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. 

“Bayangkanlah dengan RM7 bilion sepatutnya kadar surcaj 11.81 sen/kWj (yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna). Kalau dah hampir RM20 bilion kita amat bimbang perkara ini dan kerajaan amat berhati-hati

“Atas dasar ini juga kerajaan sedang mengkaji langkah perlu diambil antaranya subsidi yang diberikan kerajaan di masa depan adalah bersasar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah diambil kerajaan dalam berdepan krisis tenaga global. 

Menjawab soalan asal Wan Martina mengenai langkah kerajaan mengekang kenaikan tarif elektrik, Takiyuddin berkata antara usaha diambil termasuk mengutamakan bahan api paling murah untuk penjanaan elektrik.

Selain itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli juga menyediakan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka masa panjang yang menetapkan hala tuju bagi perancangan pembekalan elektrik negara antaranya adalah dengan meningkatkan campuran tenaga boleh baharu kepada 31 peratus pada 2025 dan 40 peratus pada 2035 sebagaimana sasaran ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER). 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]