The Malaysian Gas Association (MGA) President Abdul Aziz Othman
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Rantau Asia Tenggara terus berdepan dengan cabaran untuk mencari keseimbangan antara jaminan, kemampuan dan kemampanan tenaga apabila keperluan untuk mengembangkan akses tenaga bersih dan terjamin di rantau ini terus menjadi suatu yang sangat penting.
Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA) Abdul Aziz Othman berkata walaupun rantau ini mencapai lebih daripada 90 peratus penembusan bekalan elektrik, kira-kira 60 juta orang masih kurang mendapat akses kepada elektrik.
“Sementara itu, kira-kira 230 juta orang masih bergantung kepada biojisim pepejal sebagai bahan api memasak,” katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan Persidangan Gas Dunia ke-28 (WGC2022), yang dianjurkan oleh International Gas Union (IGU) di Korea Selatan.
Abdul Aziz berkata rantau ini yang menyedari akan peranan penting dimainkan oleh gas asli dalam menyediakan tenaga bersih serta pemulihan ekonomi terus melabur dalam pengeluaran gas asli dan prasarana penghantaran, meskipun cabaran ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Beliau berkata pembinaan beberapa terminal pengegasan semula di ASEAN sedang diteruskan untuk mengembangkan rangkaian pengedaran di rantau ini.
Menurutnya, gas asli, bahan api fosil paling bersih akan kekal menjadi sumber tenaga utama, terutamanya di Asia Tenggara yang mana pasaran tenaganya dijangka berkembang pesat.
“Sebagai bahan api yang bersih dan boleh diyakini yang digunakan dalam semua sektor yang menggunakan tenaga, gas asli dijangka memainkan peranan penting dalam menyediakan sumber tenaga lebih bersih dan boleh dipercayai,” kata Abdul Aziz, yang juga merupakan Penyelaras Serantau Asia Tenggara dan Selatan bagi IGU.
Beliau berkata ketika rantau ini beralih daripada arang batu, kebanyakan negara ASEAN komited kepada Sumbangan Yang Ditentukan Negara (NDC) dengan sasaran tanpa syarat ke arah mencapai komitmen bersih-sifar menjelang 2050.
“Gas asli akan terus menjadi satu keperluan penting bagi penjanaan kuasa dan akan memainkan peranan dalam menyediakan akses dan jaminan tenaga bagi tempoh jangka panjang kepada negara, pada masa yang sama membantu rantau ini mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon rumah hijau,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]