PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan penyelesaian tenaga pintar dan tenaga boleh baharu (RE) sebagai sumber utama elektrik dalam projek pembangunan kediaman dan bangunan komersil baharu SP Setia Bhd.
Kerjasama TNB dan SP Setia itu dimeterai dalam satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di sini, melibatkan pemasangan sistem solar fotovoltan (PV) di atas bumbung, penyediaan pemasangan penyelesaian bateri serta kemudahan mengecas kenderaan elektrik (EV) dalam projek pembangunan kediaman dan komersil baharu syarikat hartanah tersebut.
"Kami mahu menyediakan bumbung rumah baharu yang tersedia dengan panel solar. Maknanya, pengguna rumah akan mendapat faedah solar di atas bumbung pada hari pertama mereka masuk.
"Premis tersebut akan direka bentuk untuk menyokong kemudahan pemasangan pengecas EV apabila pemilik berhasrat memasangnya kelak," kata Ketua Pegawai Runcit TNB Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam sidang media selepas menandatangani MoU itu, manakala S P Setia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Choong Kai Wai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn, Pengerusi S P Setia Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Pengerusi TNB Datuk Seri Hasan Arifin menyaksikan pemeteraian MoU tersebut.
Choong berkata projek pembangunan baharu syarikat itu akan tersedia dengan kemudahan solar, bateri dan EV.
“Kami merancang untuk melancarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM4 bilion tahun ini dan adalah hasrat kami untuk melengkapkan sepenuhnya atau jika tidak mungkin sebahagian dengan penyelesaian hijau.
“Langkah ini mencerminkan satu tanda baharu untuk perumahan Malaysia yang telah diambil oleh kami dan dengan ini, menyemai gaya hidup mesra alam,” katanya, sambil menambah bahawa penyelesaian hijau ini hanya akan memberi kesan minimum terhadap harga rumahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]