Berita

70MW kuota tenaga solar masih boleh dipohon dalam Program NEM Rakyat



KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Dianggarkan 70 megawatt (MW) kuota tenaga solar masih boleh dipohon rakyat Malaysia dalam Program Net Energy Metering (NEM) Rakyat yang diperkenalkan kerajaan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berkata jumlah kuota itu boleh menampung sehingga 20,000 pengguna domestik melalui pemasangan solar fotovolta (PV).

Beliau berkata program itu masih tidak mendapat sambutan rakyat yang belum mendapat kesedaran manfaat penggunaan tenaga solar.

“Sebenarnya ramai rakyat tidak sedar akan manfaat program ini yang membolehkan pengguna mendapat pengurangan bil elektrik sehingga 30-80 peratus,” katanya.

“Pengguna juga boleh membiayai kos pemasangan sistem solar ini melalui pakej pembiayaan yang disediakan oleh pembekal solar iaitu bayaran tunai, bayaran fleksibel tanpa faedah dan pinjaman bank”, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Ali berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang ingin tahu mengenai penghalang penduduk di negara untuk memasang sistem solar di rumah mereka.

Sementara itu Ali berkata kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf penggunaan tenaga solar dalam negara kepada 10 peratus pada masa akan datang. 

“Ini memang hala tuju yang kita akan capai iaitu meningkatkan tenaga solar sehingga 10 peratus di negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang ingin tahu mengenai usaha kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai pengguna panel solar di rumah mereka.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]