Berita

Unit GCAP mulakan operasi sistem solar PV untuk Muda Paper Converting



KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Unit G Capital Bhd, Solarcity Malaysia Sdn Bhd (Solarcity), menyempurnakan pemasangan dan memulakan operasi sistem penjanaan kuasa elektrik solar fotovolta  (sistem solar PV) 3 megawatt puncak (MWp) untuk perjanjian pembelian kuasa (PPA)  dengan Muda Paper Converting Sdn Bhd.

Solarcity merupakan anak syarikat 70 peratus milik G Capital.

Katanya sistem solar PV itu dipasang di premis yang terletak di Simpang Ampat, Pulau Pinang menurut PPA itu pada 20 Jan, 2021.

“Kedua-dua Solarcity dan Muda Paper Converting bersetuju bahawa 26 Mac 2022 sebagai tarikh operasi komersial untuk loji itu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia berkata loji tersebut akan menyumbang hasil dan pendapatan kepada kumpulan dalam tempoh 25 tahun dari tarikh operasi komersial, menurut terma yang dipersetujui dalam PPA tersebut.

Tambahnya, PPA itu, bagaimanapun, tidak dijangka mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]