Berita

TBB sumbang tenaga tempatan yang kompeten, berwibawa - Takiyuddin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Peranan pembangunan bidang tenaga lestari terutama Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam agenda peralihan tenaga menyumbang kepada industri tenaga tempatan yang kompeten dan berwibawa, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Beliau berkata sumbangan TBB dalam menyokong aspirasi perubahan iklim negara juga terbukti apabila komposisi campuran kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber meningkat daripada lima peratus pada 2001 kepada 24 peratus pada 2021. 

“Agenda peralihan tenaga merupakan antara perkara yang akan mendominasi naratif hubungan geopolitik dunia serta aktiviti perniagaan dan perdagangan antara negara,” katanya pada Majlis Apresiasi Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) dan Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) di sini malam ini. 

Seramai 25 pemain industri tempatan memenangi NEA dan mewakili Malaysia di pentas AEA 2021 dengan 12 daripadanya meraih kejayaan. 

Justeru, Takiyuddin menyeru agar pemain industri tempatan meneruskan usaha menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah neutral karbon. 

“Besarlah harapan saya agar para pemenang NEA dan AEA saling berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam bidang TBB dan kecekapan tenaga,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]