KUALA LUMPUR, 25 Jan -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu kenderaan elektrik (EV), sekuriti kesihatan negara dan inovasi sosial pada tahun ini, selari dengan tema ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi’.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fokus EV yang mesra alam sekitar serta memberi impak sampingan positif itu adalah bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar teknologi EV terutamanya kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan pengusaha tempatan.
“Antara langkah yang diambil adalah pembangunan dan pengkomersialan ekosistem teknologi EV tempatan bersama syarikat pemula dan industri kecil sederhana (IKS), menerusi program ‘Enabling Mobility Electrification for Green Technology’ (Emerge) yang diterajui NanoMalaysia Bhd,” katanya pada Majlis Amanat 2022 MOSTI bersama Dr Adham di sini, hari ini.
Di samping itu, Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) iaitu platform perintis peringkat kebangsaan turut diperkenalkan bagi membangun dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.
Mengenai sekuriti kesihatan negara, beliau berkata bagi tahun 2022, Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) akan memainkan peranan yang lebih besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin serta turut membabitkan kerjasama dengan rakan strategik tempatan dan antarabangsa.
Katanya MGVI turut menerajui pengesanan pemantauan genom, pemindahan teknologi serta perkongsian data yang semakin kritikal dalam membantu pelaksanaan usaha pengawalan wabak penyakit seperti COVID-19.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]