Berita

Unit KAB ambil alih stesen janakuasa mini hidro di Indonesia



KUALA LUMPUR, 19 Jan  -- KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH), anak syarikat milik penuh Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) bercadang membeli 100 peratus saham dalam anak syarikat Sarawak Cable Bhd (SCB), PT Inpola Mitra Elektrindo dengan bayaran RM10,000.

Susulan cadangan pembelian itu KABEH telah memeterai perjanjian tidak terikat dengan SCB, kata KAB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

"Pengambilalihan KABEH hendaklah bebas daripada semua bebanan. PT IME juga akan dilepaskan daripada semua liabiliti dan bebanan selepas pelunasan penuh bayaran pembelian dan hutang tertunggak berjumlah RM61.5 juta.

"Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, KABEH dikehendaki melakukan kajian daya maju yang dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pelaksanaan perjanjian tidak terikat itu,” katanya.

PT IME yang terlibat dalam mereka bentuk, membina, membangun dan mengendalikan stesen jana kuasa hidro mini, Kombih III, terletak dt Sungai Kombih, Sumatera Utara, Indonesia, memiliki perjanjian pembelian kuasa sedia ada untuk membekalkan elektrik kepada syarikat milik kerajaan Indonesia, PT Perusahaan Listrik Negara, bagi tempoh konsesi 20 tahun.

Pengarah Urusan KAB Datuk Lai Keng Onn berkata ini merupakan penerokaan pertama syarikat itu ke Indonesia, serta penerokaan sulungnya dalam sektor kuasa hidro. 

"Kami teruja untuk memulakan perniagaan ini dan melihat cadangan pengambilalihan PT IME ini sebagai sejajar dengan hala tuju perniagaan kumpulan untuk mengembangkan arus pendapatan dan mengukuhkan kedudukan kami dalam perniagaan penyelesaian tenaga hijau terutamanya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. 

"Memandangkan aset kuasa hidro biasanya dapat mencapai margin tinggi, kami yakin cadangan pengambilalihan ini akan membawa pulangan sangat menguntungkan, yang seterusnya menyediakan pendapatan berulang jangka panjang yang stabil dan mampan bagi KAB bagi tempoh 20 tahun akan datang,” katanya. 

Beliau berkata tenaga tahunan yang dijana oleh Kombih III dianggarkan kira-kira 49,056,000 kWj, yang akan mengimbangi 26,784 tan pelepasan karbon dioksida.

"Selepas pengambilalihan itu selesai, aset tersebut diunjur menyumbang hasil sekurang-kurangnya RM270 juta kepada kumpulan dalam tempoh konsesi.

"Kami optimis dengan kemajuan yang kami capai untuk menambah lagi segmen perniagaan kami ini,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]