Berita

Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050



PUCHONG, 14 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penggunaan bas elektrik penuh akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar besar sebelum diperluaskan ke seluruh negara sebagai menyokong usaha kerajaan bagi negara mencapai status neutral karbon seawal 2050.

Beliau difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas Kumpulan SKSBus yang akan diperolehi secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2023.

Ismail Sabri berharap syarikat bas lain dapat mencontohi usaha DBKL yang memberikan perkhidmatan bas percuma GoKL yang menggunakan bas elektrik bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia neutral karbon seawal 2050.

"Untuk mencapai sasaran negara menjadi neutral karbon seawal 2050, semua pihak perlu terlibat," katanya kepada media selepas melawat kilang integrasi bas elektrik penuh Kumpulan SKSBus di Pulau Meranti di sini hari ini.

Kumpulan SKSBus melalui unitnya SKS Coachbuilders Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam industri pembinaan bas. Ia antara pengilang bas di Malaysia dengan pengesahan sebagai Barangan Buatan Malaysia dan dilengkapi dengan bantuan kilang robotik.

Kumpulan SKSBus sejak 2019 telah bekerjasama dalam bidang teknikal dengan Kumpulan CRRC China iaitu pengilang lokomotif eletrik dan rolling stock terbesar di dunia untuk membina bas elektrik penuh.

Bas elektrik penuh SKSBus mampu melengkapkan perjalanan sehingga 250 kilometer untuk sekali pengecasan.

-- BERNAMA.





    Berita Lain-lain

Tarif elektrik bagi pengguna di Semenanjung kekal

PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).


Tiada kenaikan tarif elektrik, air: Pengguna domestik tarik nafas lega

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pengumuman kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung memberikan kelegaan kepada pengguna domestik yang secara tidak langsung membantu meringankan kos sara hidup mereka.


Petronas kekalkan kedudukan sebagai jenama O&G paling kukuh dunia

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama minyak dan gas (O&G) paling kukuh dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian menurut laporan tahunan Brand Finance 2022 mengenai jenama paling bernilai dan kukuh bagi sektor itu.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]