KUALA LUMPUR, 10 Jan -- Malaysia LNG Sdn Bhd, anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah berjaya melaksanakan penghantaran kargo gas asli cecair neutral karbon (CNLNG) kepada Hiroshima Gas Co, Ltd. (Hiroshima Gas).
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata penghantaran CNLNG tersebut bertepatan dengan falsafah pengurusan Hiroshima Gas untuk menjadi syarikat dipercayai oleh komuniti yang menggunakan perkhidmatannya.
“Kami berbangga kerana dapat mengembangkan hubungan selama 16 tahun ini dengan berperanan sebagai rakan pilihan Hiroshima Gas untuk penghantaran pertama kargo CNLNG syarikat itu.
“Langkah menyediakan penyelesaian tenaga lebih bersih menerusi pengurangan karbon tidak hanya memberi impak positif terhadap industri LNG tetapi turut mewujudkan nilai mampan secara amnya untuk perniagaan, masyarakat dan dunia,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas Shamsairi Ibrahim.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Kanan Hiroshima Gas Kazunori Tamura berkata perniagaan syarikat itu sebagai pembekal gas di bandar kini semakin ketara dari segi penyediaan gas neutral karbon kepada para pengguna akhir.
“Kemampuan Petronas untuk menyediakan penyelesaian sedemikian sudah semestinya penting dalam memastikan kami di landasan tepat bagi mencapai matlamat kemampanan. Kami juga gembira kerana dapat menjalin kerjasama dengan Petronas bagi kargo CNLNG pertama untuk syarikat ini,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]