Berita

Tarif elektrik di Semenanjung kekal mulai 1 Januari 2022 hingga ke tarikh dimaklumkan kelak



KUALA LUMPUR, 1 Jan -- Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa kerajaan pada 31 Disember 2021 memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif  (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3).

Oleh itu, pada 1 Januari 2022 kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWj di Semenanjung sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan kelak.

Dalam pada itu, Kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) mulai 1 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kadar rebat semasa sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung dikekalkan untuk tempoh tersebut.

Susulan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT itu, pengguna di Semenanjung tidak akan mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]