Berita

Kerajaan teruskan tarif elektrik semasa berkuat kuasa 1 Jan



KUALA LUMPUR, 31 Dis -- Kerajaan meneruskan parameter semasa Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi lanjutan tempoh kawal selia kedua dan mengekalkan jadual tarif elektrik semasa berkuat kuasa mulai 1 Jan, 2022 dan sehingga dimaklumkan kemudian.

Pihak kerajaan juga memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) di samping mengekalkan rebat ICPT pada 2.00 sen/kWh yang sedang dilaksanakan bagi semua pelanggan, termasuk pelanggan domestik dengan penggunaan bulanan 300 kWh dan ke bawah, berkuat kuasa mulai 1 Jan, 2022 dan sehingga dimaklumkan kelak, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

“TNB juga ingin memaklumkan kesan pelaksanaan ICPT, berlandaskan Panduan Pelaksanaan Kawal Selia (RIG), adalah neutral ke atas TNB dan tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi perniagaan dan kedudukan kewangan,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ICPT boleh didapati di laman web Suruhanjaya Tenaga http://www.st.gov.my/

Pelanggan elektrik juga boleh menganggarkan kesan ICPT masa depan melalui penggunaan Kalkulator ICPT yang tersedia di www.myelectricitybill.my.

-- BERNAMA

 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]