KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Petronas Lubricants International Sdn Bhd (PLI), anak syarikat pembuatan serta pemasaran global Petronas telah memperkenalkan teknologi terkini dalam penyelesaian bendalir kenderaan elektrik (EV) Petronas iona di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global di Itali.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pelancaran yang bertemakan "Mempercepatkan kecekapan, Merevolusikan e-Mobiliti" merupakan usaha berterusan ke arah teknologi dan trend terkini dalam ruang e-mobiliti.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo berkata e-mobiliti berkembang pada kadar yang pantas dan penyelesaian inovatif adalah kunci bagi mempercepatkan langkah ke arah e-mobiliti untuk masa depan yang lebih lestari.
"Generasi kedua Petronas iona direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam Unit Pemacu Elektrik dan e-Gandar, termasuk kawalan geseran dan kehausan, serta pengurusan haba bagi memaksimumkan prestasi, kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan kenderaan elektrik berprestasi tinggi," katanya.
Langkah ini adalah selaras dengan komitmen PLI terhadap kelestarian yang diumumkan pada 2018, yang mana 75 peratus daripada pelaburan penyelidikan dan teknologinya akan disalurkan untuk mengurangkan pelepasan karbon, ke arah menyokong matlamat yang lebih besar bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Dengan pelancaran Petronas iona, PLI telah mengumpul pakar-pakar terkemuka industri dan pembekal melalui sesi webinar PETRONAS EV Fluids 2021 sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk mempercepatkan kecekapan dan meneruskan usaha kolektifnya ke arah masa depan yang lestari.
“Webinar ini meliputi tajuk-tajuk termasuk Inovasi Bateri untuk Kenderaan Elektrik hingga kepada Kemajuan Terkini dalam Teknologi Bendalir bagi Sistem E-Transmisi oleh pakar-pakar dari industri serta PLI,” katanya lagi.
Katanya, dengan peningkatan jualan EV dan kemunculan peluang pasaran dalam segmen ini, PLI berusaha untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan rakan peneraju industri dalam memperjuangkan e-mobiliti melalui Penyelesaian Teknologi Bendalir PLI yang menyeluruh.
"PLI komited untuk menggunakan teknologi pelincir kami ke arah bendalir EV dan membantu pelanggan dengan penggunaan EV," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]