KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Syarikat automotif dan kejuruteraan EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dan menceburi perniagaan “ekosistem penghantaran lebih bermutu dan kenderaan elektrik (EV).”
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, EPMB berkata syarikat itu dan MARii telah bersetuju untuk meninjau penubuhan kilang pengeluaran dan ‘persetempatan’ bagi memasang EV dua roda dan empat roda.
“Ini termasuk infrastruktur pemasaran untuk menjual EV tersebut di pasaran tempatan Malaysia berserta rangkaian pengecasan untuk menyokong mereka,” katanya.
EPMB berkata kedua-dua pihak turut bersetuju mewujudkan “ekosistem penghantaran lebih bermutu dan menggabungkannya dengan sistem pembayaran elektronik.”
“Penentuan semula mengenai infrastruktur penghantaran semasa dan penggabungan akan berlaku untuk menuju ke peringkat seterusnya. Ini akan mewujudkan platform bersepadu yang berstruktur untuk menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada semua yang terlibat,” katanya.
EPMB berkata MoU itu akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh dua tahun.
Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah berkata pengecualian semua cukai melibatkan EV di Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mempercepat penggunaan EV dan pembangunan infrastruktur dan ekosistem EV.
Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata aktiviti yang akan dilaksanakan melalui MoU itu mengandungi blok pembinaan penting untuk melengkapkan ekosistem elektro-mobiliti yang akan memetakan penggunaan EV pada masa depan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]