KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Bintulu Prilled Urea Sdn Bhd (BPUSB) bagi potensi membekalkan gas asli sebagai bahan mentah kepada loji petrokimia BPUSB yang dicadangkan di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Mohamed Firouz Asnan berkata HOA yang ditandatangani pada 3 Nov, memperkukuh komitmen syarikat untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak bagi memperluas industri gas dan petrokimia tempatan di negeri itu, selaras dengan perjanjian prinsip yang dimeterai pada 2016.
“Pertumbuhan ekonomi domestik bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak. Bagi mencapai objektif ini, Petronas dengan sokongan kerajaan negeri akan terus berusaha menarik pelaburan baharu dalam sektor huluan bagi memastikan bekalan gas yang mampan kepada semua pelanggan kami yang sedia ada dan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeteraian HOA itu turut menawarkan peluang kepada Petronas untuk mewujudkan hubungan baharu dengan BPUSB sebagai pelanggan gas domestik.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]