Berita

Unit PRG beli 37.25 peratus modal terbitan, berbayar syarikat tenaga Singapura



KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Furniweb Holdings Ltd, anak syarikat PRG Holdings Bhd dengan kepentingan sebanyak 54.19 peratus, telah memeterai perjanjian jual beli dengan Energy Solution Global Ltd (ESGL) dari Singapura yang membabitkan pembelian 37.25 peratus modal terbitan dan berbayar syarikat itu pada nilai kira-kira RM5.11 juta.

Langkah pengambilalihan itu juga menandakan penyertaan pertama PRG Group dalam industri cekap tenaga serta sejajar dengan usaha global menggalakkan kelestarian menerusi inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Anak syarikat milik penuh ESGL iaitu Measurement & Verification Pte Ltd dan Measurement & Verification Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai M&V) juga dapat memanfaatkan status penyenaraian PRG dan Furniweb sebagai platform bagi peluang pengembangan secara organik dan sebaliknya.

“Oleh itu, secara bersama, kedua-dua pihak dapat menjalin kerjasama dalam peluang perniagaan membabitkan projek tenaga dan sumber yang cekap,” kata PRG.

Syarikat itu juga menyifatkan pengambilalihan tersebut akan memberi sumbangan positif terhadap pendapatan PRG Group di masa akan datang.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]