Berita

Syarikat Tenaga Elektrik Xinjiang bantu tambah bekalan elektrik tempatan



URUMQI, 3 Okt -- Syarikat Tenaga Elektrik Xinjiang yang berperanan sebagai satu daripada pangkalan sumber tenaga komprehensif di Xinjiang, berjaya membantu beberapa provinsi mengatasi kekurangan bekalan elektrik.

Selain itu, syarikat berkenaan mampu meningkatkan bekalan tenaga elektrik sebanyak 22.4 peratus untuk pasaran domestik melalui empat saluran, pada tiga suku pertama tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah transmisi mencatat 93.5 bilion kilowatt-jam, rekod baharu dalam sejarah.

Syarikat itu memaklumkan pada tahun ini juga Xinjiang telah meningkatkan transmisi tenaga elektrik secara berterusan ke luar wilayah yang dilihat dapat menjamin kestabilan pembekalan elektrik di seluruh negara.

“Pada suku tahun ketiga, Xinjiang telah menambah 46 transaksi elektrik dengan provinsi lain, untuk mewujudkan peningkatan bekalan elektrik 13.9 bilion kilowatt-jam di kawasan bahagian timur dan tengah China.

“Pada September, disebabkan pembekalan elektrik yang dijana daripada arang batu berkurangan dan permintaan terhadap tenaga elektrik meningkat terdapat beberapa provinsi menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik,” menurut syarikat itu.

Sehubungan itu, Xinjiang turut meningkatkan penyelarasan dalam penghantaran tenaga elektrik, dan menambah jumlah transaksi dalam pasaran domestik, bertujuan membantu memenuhi keperluan di kawasan terbabit.

Syarikat berkenaan juga menjalankan analisis mengenai keseimbangan dalam pembekalan tenaga elektrik berdasarkan perubahan cuaca dan kapasiti pengeluaran.

“Kami turut bersama provinsi lain di kawasan barat laut saling menyokong dalam bidang pembekalan tenaga elekrtik demi memastikan bekalan elektrik untuk kegunaan rakyat, industri dan jabatan terjamin,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]