Berita

Serba Dinamik laksana penyusunan semula, lantik Mohamed Ackiel timbalan ketua pegawai eksekutif

Dr Mohamed Ackiel Mohamed. Pix by SERBA DINAMIK

KUALA LUMPUR, 1 Okt  --  Serba Dinamik  Holdings Bhd melaksanakan penyusunan semula dalaman yang melibatkan pelantikan Dr Mohamed Ackiel Mohamed sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata penyusunan semula itu juga termasuk pelantikan beberapa kakitangan pengurusan utama seperti ketua rantau bagi beberapa kawasan perniagaan yang membabitkan operasi penyedia perhidmatan minyak dan gas bersepadu global itu. 

 Serba Dinamik  berkata langkah ini diambil susulan penyelarasan carta organisasi kumpulan bagi memastikan operasi global yang lebih efektif yang akan membolehkan kumpulan terus melaksanakan mandat pemegang sahamnya. 

"Ketua-ketua rantau ini akan melapor terus kepada Mohamed Ackiel dan penyusunan semula itu juga menyaksikan pelantikan muka baharu untuk menerajui bahagian komunikasi korporat dan berkaitan pemegang kepentingan,” katanya. 

Sebelum ini, Mohamed Ackiel merupakan naib presiden kanan (projek khas) dan menerajui transformasi digital serta beberapa inisiatif dan projek utama syarikat di Timur Tengah, Asia Tengah dan Amerika. 

Dengan pengalaman akademik dan industri selama  lebih 18 tahun, beliau juga merupakan timbalan pengerusi lembaga pentadbir Universiti Malaysia Sains Komputer dan Kejuruteraan (UNIMY), institusi pengajian tinggi dimiliki sepenuhnya oleh  Serba Dinamik .

Sementara itu, sejak penubuhannya pada 1996,  Serba Dinamik  telah berkembang ke lebih 25 negara. 

Dengan struktur baharu itu, kumpulan tersebut menyasar mengukuhkan kedudukannya dalam industri minyak dan gas, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasi serta perniagaan teknologi dan maklumat. 

Lebih banyak tumpuan juga akan diberikan kepada operasi di luar negeri dan pengembangan wilayah untuk pertumbuhan global.

Sementara itu, tiada perubahan dalam jawatan ketua kewangan syarikat dengan Azhan Azmi kekal sebagai ketua pegawai kewangan kumpulan.

Pengasas  Serba Dinamik  Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah akan kekal sebagai pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif yang bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi dalam dan luar negara.

Setakat 30 Sept, 2021,  Serba Dinamik  memiliki 2,926 tenaga kerja terdiri daripada pekerja tetap dan pekerja kontrak jangka panjang (mengikut projek) bagi operasi tempatan dan antarabangsanya. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]