Berita

Unit Solarvest peroleh kontrak solar atas bumbung bernilai RM22.2 juta di Kedah



KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Solarvest Energy Sdn. Bhd (SESB) anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd memperoleh kontrak daripada NEFIN Solar Asset 2 Sdn Bhd bernilai RM22.2 juta.

Solarvest dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata SESB dilantik sebagai subkontraktor untuk menyediakan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian kemudahan menjana tenaga fotovoltaik solar atas bumbung bagi XSD International Paper yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim, di Kulim Kedah.

Kemudahan itu, dengan kapasiti 9,266.4 kWp, akan dihubungkan ke titik sambungan voltan rendah yang memenuhi keperluan TNB, katanya. 

"Projek itu dijangka memberi sumbangan positif kepada aset dan pendapatan bersih sesaham Solarvest dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022 dan seterusnyasehingga projek itu selesai,” katanya. 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]