Berita

Solarvest yakin dengan prospek masa depan, terus peroleh projek solar



KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Pakar tenaga bersih, Solarvest Holdings Bhd berkata prospek syarikatnya dilihat semakin rancak apabila ia terus memperoleh projek solar daripada peneraju industri terkemuka dan meningkatkan jumlah nilai perolehan kontraknya yang belum dibilkan ke paras tertinggi baharu sebanyak RM560 juta setakat 1 Sept, 2021.

“Prospek pertumbuhan kami kekal kukuh, dan tinjauan pada masa depan dilihat lebih meyakinkan dengan sokongan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) baru-baru ini yang mana kemampanan disenaraikan antara tema pemulihan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Davis Chong Chun Shiong.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas berakhirnya mesyuarat agung tahunan keempat syarikat hari ini, beliau berkata Solarvest berharap peralihan tenaga dapat dipercepatkan sejajar dengan penerapan negara terhadap model ekonomi kitaran.

“Ini akan terus memacu permintaan tenaga solar sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai tonggak utama dalam mencapai ekosistem yang mampan.

"Solarvest bersedia memainkan peranan penting dalam memajukan penggunaan tenaga solar dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi hijau yang akan memacu negara ke arah negara neutral karbon menjelang 2050,” katanya.

Chong berkata kumpulan itu baru-baru ini telah melancarkan program pembiayaan solar, Powervest, bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharuI dalam kalangan perniagaan di Malaysia.

Program tersebut merangkumi dua model pembiayaan yang kompetitif iaitu Powerflex dan Powerlease, penyelesaian khas yang inovatif, disasarkan kepada pengguna komersial dan industri dengan keperluan pembiayaan yang berbeza, katanya.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]