Berita

Serba Dinamik catat perolehan RM1.21 bilion bagi suku berakhir 30 Jun 2021

Serba Dinamik group managing director and chief executive officer Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Sept  --  Serba Dinamik  Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM14.92 juta bagi suku yang berakhir 30 Jun, 2021 manakala perolehan berjumlah RM1.21 bilion bagi tempoh sama.

Prestasi itu didorong terutama oleh aktiviti rancak daripada operasi dan penyenggaraan (O&M) di rantau Timur Tengah dan Malaysia, yang menyumbang RM1.1 bilion atau 90.6 peratus kepada jumlah perolehan, menurut syarikat itu dalam kenyataan pada Rabu.

Ia menambah, segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) merupakan penyumbang kedua terbesar kepada perolehan dengan RM100.4 juta atau 8.3 peratus kepada jumlah perolehan.

Segmen teknologi maklumat dan komunikasi (CT) pula memberikan sumbangan sebanyak RM11.8 juta atau 1.0 peratus kepada jumlah perolehan pada tempoh suku yang dinilai, menurutnya.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu menjelaskan tiada perbandingan bagi maklumat kewangan yang tersedia bagi tempoh kewangan ini susulan perubahan tahun kewangan syarikat kepada 30 Jun daripada 31 Disember seperti yang diumumkan pada 7 Mei, 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata perniagaan mencatatkan prestasi berdaya tahan dalam menghadapi situasi mencabar pada suku tersebut.

“Semua segmen perniagaan kami merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Syarikat terus berusaha dan proaktif untuk meraih peluang baharu dalam bidang bukan minyak dan gas.

“Kami giat mengembangkan ruang kami dan kesalinghubungan perniagaan dalam melangkah maju. Ini selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Bagi tempoh kumulatif 18 bulan, syarikat mencatatkan jumlah perolehan sebanyak RM8.6 bilion dengan keuntungan sebelum cukai dan keuntungan selepas cukai masing-masing pada RM848.4 juta dan RM758.4 juta.

Mohd Karim berkata pihaknya juga mahu memberi kepastian kepada pihak berkepentingan bahawa operasi perniagaan tetap berjalan seperti biasa dan akan terus meninjau peluang perniagaan bagi meningkatkan keuntungan syarikat.

“Semakan Semula Bebas Khas juga berjalan lancar dan kami berharap hasil dapatannya dapat diumumkan pada suku keempat tahun ini bagi melenyapkan semua keraguan mengenai syarikat ini.

“Kami juga kekal yakin terhadap prospek kumpulan meskipun dalam keadaan semasa berikutan pandemik COVID-19,” katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]