Berita

JAKS, T&T Group bangunkan projek LNG kepada tenaga berkapasiti 1,500 MW



KUALA LUMPUR, 13 Sept -- JAKS Resources Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan T&T Group Joint Stock Company untuk meninjau kemungkinan kerjasama bagi membangunkan projek gas asli cecair (LNG) kepada tenaga Quang Ninh 2 berkapasiti 1,500 megawatt (MW) di Quang Ninh, Vietnam.

Syarikat pembinaan dan pegangan tenaga itu berkata MoU tersebut, yang ditandatangani pada 11 Sept, 2021, menunjukkan visi bersama kedua-dua pihak untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari Vietnam terhadap elektrik domestik, penjanaan tenaga menggunakan gas dan keperluan pengimportan LNG ke Vietnam.

Di bawah terma, kedua-dua pihak akan saling bersetuju mengenai pendekatan berhubung pelaksanaan projek LNG kepada tenaga, yang termasuk lokasi, reka bentuk, teknologi dan infrastruktur yang terlibat untuk terminal import dan loji tenaga serta pemilihan pembekal penyelesaian LNG dan tenaga menggunakan gas.

“T&T Group akan bertanggungjawab untuk semua perkara yang melibatkan undang-undang berkaitan projek LNG kepada tenaga manakala JAKS akan menjadi pelabur strategik dan bertanggungjawab untuk kejuruteraan, pembinaan dan proses pengoperasian dengan memudahkan reka bentuk, kejuruteraan, pembinaan dan operasi projek,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif JAKS Andy Ang Lam Poah berkata kerjasama tersebut akan mengukuhkan bahagian perniagaan tenaga kumpulan itu di Vietnam.

“Penyertaan pertama kami dalam sektor tenaga adalah melalui pembinaan Loji Tenaga Hai Duong berkapasiti 1,200MW, yang telah memulakan operasi komersial sepenuhnya pada Januari lepas.

“Kami yakin dapat membangunkan projek LNG kepada tenaga dengan keupayaan, kepakaran dan pengalaman kami, bersama dengan sokongan daripada T&T Group, berikutan kami akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk mewujudkan nilai dan pertumbuhan di Vietnam,” katanya.

T&T Group adalah syarikat saham gabungan di Vietnam dengan operasi perniagaan yang pelbagai, termasuk hartanah, pelaburan kewangan, industri pembuatan (motor, kereta, plastik dan mineral), sukan dan aktiviti import-eksport.

Ia juga merupakan pelabur dan pemaju projek dalam sektor tenaga di Vietnam.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]