Berita

TNB bangun loji hidroelektrik 300MW di Kelantan



KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), telah menerima surat pemberitahuan dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk membangunkan loji tenaga hidroelektrik 300 megawatt (MW) di Kelantan.

TNB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini mengumumkan surat pemberitahuan tersebut meminta TNB Genco untuk memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum pelaksanaan projek.

“Seperti yang disyaratkan kerajaan, TNB Genco telah memperbadankan sebuah syarikat projek milik penuh bernama TNBPG Hydro Nenggiri Sdn Bhd bagi melaksanakan projek itu. Kerja-kerja pembinaan projek ini dianggarkan mengambil masa lima tahun dan jangkaan jangka masa operasi komersialnya adalah menjelang 1 Jun 2027," katanya.

Projek berkenaan akan meningkatkan bahagian pasaran penjanaannya, terutamanya daripada hidro, dan meningkatkan kecekapan keseluruhan portfolio aset penjanaannya termasuk tenaga boleh diperbaharui.

Projek ini juga akan meningkatkan keselamatan tenaga untuk negara dan membawa kesan sosio-ekonomi yang positif bagi Malaysia, Kelantan serta masyarakat tempatan.

“Ia juga akan memberi faedah tambahan kepada Kelantan daripada segi mitigasi banjir, bekalan air bersih dan air mentah untuk pengairan,” katanya.

Katanya lagi, projek berkenaan akan memperkukuhkan keselamatan bekalan tenaga di Semenanjung Malaysia, khususnya ke wilayah timur, memastikan lebih jauh kemampuan penyedia utiliti untuk memainkan peranannya dalam menyeimbangkan opsyen tenaga kepada negara.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]