Berita

BSLCorp ambil alih SD Unify, tingkat dedahan dalam sektor semikonduktor

BSL Corporation Bhd

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- BSL Corporation Bhd (BSLCorp) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilalihan firma berpangkalan di Singapura, SD Unify Pte Ltd (SD Unify) yang menjadi sebahagian daripada perancangan untuk mengembangkan dedahan dalam sektor semikonduktor.

SD Unify merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan pusat pejabat pemerolehan antarabangsa (IPO), menghubungkan rantaian bekalan di luar negara bagi pengeluar peralatan tulen komponen di dalam Senarai Vendor Diluluskan.

Dalam kenyataan pada Isnin, BSLCorp berkata ini diperkukuh dengan konsep penyelesaian sehenti SD Unify bagi pembuatan, penyumberan dan pembekalan produk-produk elektromekanikal untuk pengeluar semekonduktor.

Pengarah Eksekutifnya, Brian Hoo Wai Keong berkata langkah itu adalah sebahagian daripada strategi memperkukuh syarikat, seiring dengan penglibatan BSLCorp dalam kontrak pembuatan menerusi pendedahan dalam sektor elektrik dan elektronik, ladang solar dan tenaga boleh diperbaharui serta ke tahap lebih kecil iaitu sektor semikonduktor.

“Segmen semikonduktor akan membentuk teras pertumbuhan baharu BSLCorp dan melengkapkan operasi semasa apabila kumpulan beralih kepada syarikat perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS),” katanya.

Hoo berkata, MoU tersebut melibatkan tempoh selama tiga bulan dengan kedua-dua pihak dijangka memeterai perjanjian muktamad dalam jangka masa tersebut.

Beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka sejajar dengan pengumuman syarikat mengenai cadangan penempatan persendirian bagi mempertingkat serta mengembangkan kapasiti pembuatan semikonduktor.

Menurut Hoo, cadangan langkah korporat itu melibatkan terbitan baharu sehingga 30 peratus saham-saham baharu berdasarkan asas modal saham yang dipertingkat selepas pembahagian sesaham biasa sedia ada kepada dua saham. 

“Dana yang dikutip daripada langkah penempatan persendirian itu dianggarkan RM30 juta berdasarkan harga saham semasa yang mana RM24 juta akan diperuntukkan untuk langkah penambahbaikan dan pengembangan," katanya.

Menurut kenyataan itu, BSLCorp telah memulakan usaha penambahbaikan dan pengembangan yang akan menyaksikan perluasan saiz lantai kasar kemudahan pengeluaran, termasuk perubahan barisan pengeluaran sedia ada dan penambahan perbelanjaan modal untuk menambah baik dan pemasangan barisan kemudahan baharu.

Pada 10.50 pagi ini, harga saham BSLCorp menokok 13 sen kepada RM1.34.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]