Berita

Serba Dinamik sasar jadi peserta utama dalam sektor tenaga boleh baharu antarabangsa



KUALA LUMPUR, 17 Ogos --  Serba Dinamik  Holdings Bhd optimis untuk menjadi peserta utama dalam sektor tenaga boleh baharu (RE) antarabangsa menerusi langkah memanfaatkan anak syarikatnya yang berpangkalan di Scotland, Wellahead Engineering Ltd, yang diambil alih pada 2020.

Dalam kenyataan pada Selasa, penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu menjelaskan ia merancang untuk memperluas dan merealisasikan pencapaian dalam segmen perniagaan tersebut, meskipun berlaku ketidaktentuan situasi ekonomi dan cabaran luaran.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Serba Dinamik , Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata wujud peluang perniagaan yang besar dalam sektor RE, khususnya dengan ladang kincir angin.

“Wellahead dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan hubungan selain mengenal pasti peluang bagi Serba Group dalam segmen ini, di samping bertindak sebagai pemudah cara untuk menembusi saluran ke dalam sektor yang berpotensi menguntungkan ini. Rancangan telah dilaksanakan untuk menjadikan sasaran ini satu kenyataan,” katanya.

Pangkalan tempatan bagi Wellahead adalah di Dyce, Aberdeen, yang merupakan hab utama bagi firma multinasional minyak dan gas utama, dan baru-baru ini muncul sebagai pusat untuk peserta utama dalam industri ladang kincir angin luar pesisir.

“Pangkalan Wellahead di Aberdeen akan membolehkan akses mudah ke dalam pasaran United Kingdom dan Eropah.  Serba Dinamik  juga merancang untuk mengakses pasaran global bagi produk Wellahead.

“Kejayaan awal adalah meraih pesanan dari Bangladesh dan Oman,” katanya.

Abdul Karim berkata  Serba Dinamik  juga menikmati status keahlian platinum dalam Dewan Perdagangan Aberdeen, yang mempunyai hubungan global dengan persatuan perdagangan minyak dan gas serta RE untuk memanfaatkan peluang perniagaan.

Wellahead menjalankan perniagaan sejak lebih 30 tahun dengan rekod prestasi yang baik dalam industri mereka bentuk dan membuat komponen khusus dan berkejituan tinggi bagi sektor minyak dan gas huluan.

Produk syarikat itu dieksport ke Eropah, Asia Tenggara dan Australia.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]