Berita

Eden mula semula operasi Stesen Janakuasa Libaran selama tiga tahun



KUALA LUMPUR, 16 Ogos -- Anak syarikat milik penuh Eden Inc Bhd, Stratavest Sdn Bhd  (STV) telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga dengan Sabah Electricity Sdn Bhd untuk melanjutkan operasi Stesen Janakuasa Libaran untuk tempoh tiga tahun lagi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata Stesen Janakuasa Libaran STV di Sandakan, Sabah telah berjaya memenuhi obligasinya di bawah perjanjian pembelian tenaga permulaan bagi tempoh 21 tahun sehingga 17 Dis 2019.

Bagi memastikan permintaan terhadap elektrik dapat dipenuhi di negeri Pantai Timur Sabah, Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan pembukaan semula operasi Stesen Janakuasa Libaran pada 2 Jun 2021 dengan kontrak kapasiti bersih 30 Megawatt untuk tempoh baharu selama tiga tahun melalui surat kelulusan.

Stesen Janakuasa Libaran adalah satu-satunya pengeluar tenaga bebas di negara ini yang dibangunkan melalui enjin diesel Man B&W berkelajuan rendah yang terbukti mampu menjana elektrik dengan kecekapan tinggi dan kebolehpercayaan yang baik, sekurang-kurangnya selama 30 tahun.

“Berikutan kemampuan loji ini dan pasukan yang berpengalaman, keputusan Suruhanjaya Tenaga untuk meluluskan permulaan semula operasi Stesen Janakuasa Libaran ini akan memastikan permintaan terhadap elektrik di Sabah akan terus dipenuhi untuk tiga tahun lagi.

“Mengambil kira keperluan grid Sabah dan kapasiti penjanaan segera di Sabah pada masa depan, STV menjangka tempoh semasa perjanjian ini akan dilanjutkan, tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan,” katanya.

Eden berkata permulaan semula operasi Stesen Janakuasa Libaran ini dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan dalam tempoh tiga tahun.

-- BERNAMA

 

 

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]