Berita

Pencawang baharu Kanowit untuk pembekalan elektrik lebih mantap sudah hampir siap



KUCHING, 12 Ogos -- Pembinaan pencawang 32/33/11 kilovolt (kV) baharu di Kanowit di bahagian tengah Sarawak, untuk dihubungkan ke grid elektrik utama negeri bagi mengukuhkan rangkaian pengagihan bekalan tenaga elektrik di kawasan itu di samping meningkatkan kebolehpercayaan bekalan, kini sudah hampir disiapkan.

Syarikat utiliti Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dalam kenyataan hari ini berkata sebelum operasi pencawang baharu dimulakan, kerja-kerja penyambungan saluran transmisi dari talian Kemantan-Song Kapit dari grid elektrik, memerlukan penutupan satu talian yang dijadualkan dari 14 hingga 21 Ogos.

Menurutnya sementara bekalan elektrik serta talian tetap Telekom Malaysia dan perkhidmatan UNIFI Mobile dijangka tidak terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja sambungan itu, perkhidmatan oleh penyedia telekomunikasi negeri, Sacofa, bagi kawasan Kapit dan Song akan terganggu selama kira-kira lapan jam pada 15 Ogos.

Katanya ketika ini bekalan elektrik di Kanowit dan kawasan sekitarnya dibekalkan melalui dua litar talian bekalan overhead 33KV pada jarak sekitar 35km dari Pencawang 33/11KV Lapangan Terbang Sibu, menjadikan saluran bekalan yang panjang ini mudah terdedah terhadap gangguan dan kerosakan.

"Pencawang Kanowit yang dibiayai di bawah Projek Rakyat Sarawak adalah salah satu projek utama bagi meningkatkan liputan elektrik luar bandar di bawah Skim Elektrik Luar Bandar dan memenuhi permintaan untuk Daerah Kanowit," katanya.

Pencawang RM54 juta yang baharu itu juga akan berfungsi sebagai suntikan baharu yang akan meningkatkan jaringan bekalan tenaga elektrik untuk Kanowit serta kawasan luar bandar di sekitarnya dengan ketara, dan semua persiapan yang diperlukan telah dilakukan untuk memastikan kerja-kerja siap dengan selamat dalam masa sesingkat mungkin.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]