Berita

Serba Dinamik peroleh 15 kontrak operasi dan penyelengaraan, EPCC



KUALA LUMPUR, 11 Ogos --  Serba Dinamik  Holdings Bhd (SDHB), melalui anak syarikat Malaysia dan Indonesianya, berjaya memperoleh 15 kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu global itu dalam satu kenyataan hari ini berkata daripada 15 kontrak tersebut, lapan bernilai US$67.7 juta (RM286.3 juta) dengan jangka masa kerja sehingga 31 Mei, 2024.

SDHB berkata unit PT SDI memperoleh tiga kontrak O&M di Indonesia, dua daripada PT Pertamina dan satu daripada Saka Energi Muriah Ltd. 

Menerusi  Serba Dinamik  International Ltd, syarikat itu memperoleh satu kontrak EPCC bagi projek Kuasa Hidro Myagdi Khola 57.3-megawatt (MW) di wilayah Gandaki, Nepal.

Kumpulan itu juga memperoleh beberapa kontrak daripada Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd.

Pengerusi SDHB Datuk Ilyas Mohamed berkata kontrak ini adalah bukti bahawa perniagaan operasi syarikat berkenaan masih dalam keadaan baik walaupun cabaran yang dihadapinya di bahagian korporat.

“Disokong oleh rekod prestasi yang baik, kami optimis bahawa  Serba Dinamik  mampu untuk menyiapkan 15 projek tersebut dan dalam masa yang sama memastikan ia menyumbang kepada aliran pendapatan syarikat,” katanya. 

SDHB berkata kontrak yang diperoleh itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.

-- BERNAMA

 

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]