Berita

Pemegang saham Reservoir Link lulus cadangan beli 51 peratus kepentingan FESB



KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan minyak dan gas huluan, Reservoir Link Energy Bhd mendapat kelulusan pemegang saham bagi pembelian 51 peratus kepentingan Founder Energy Sdn Bhd (FESB) pada harga RM21.2 juta.

Reservoir Link turut mendapat kelulusan untuk mempelbagai perniagaan dengan menceburi bidang berkaitan tenaga boleh diperbaharui.

“Pertimbangan pembelian bernilai RM21.2 juta itu akan dilaksanakan menerusi gabungan tunai sebanyak RM8.46 juta serta terbitan 18.15 juta saham dalam dua bahagian pada harga terbitan 70 sen sesaham kepada Lee Seng Chi Pengarah iaitu pemegang saham tunggal dan pengarah FESB.

“Pengambilalihan ini akan menyaksikan FESB dan Solar Bina Sdn Bhd yang mana Lee juga selaku pemegang saham tunggal, akan memeterai perjanjian untuk memindahkan perniagaan serta aset tertentu Solar Bina ke dalam FESB pada jumlah yang dipersetujui dan berdasarkan nilai aset bersih yang akan ditentukan kelak,” kata syarikat itu dalam kenyataan selepas mesyuarat ahli secara maya, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata cadangan pempelbagaian perniagaan yang melibatkan segmen tenaga boleh diperbaharui dan berkaitan, disasarkan dapat menyumbang lebih 25 peratus kepada keuntungan bersih kumpulan itu pada masa depan.

“Malah, pengambilalihan ini merupakan langkah besar untuk kami mencapai matlamat sebagai sebuah syarikat tenaga yang sebenar atau menyeluruh.

“Susulan langkah itu juga, Reservoir Link mendapat jaminan keuntungan sebanyak RM13.8 juta bagi tempoh dua tahun berikutnya,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pengambilalihan tersebut berperanan sebagai satu lagi sumber pendapatan kumpulan.

Thien berkata syarikat itu juga menyasarkan untuk membida projek-projek berpotensi daripada kalangan penggiat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian berkaitan solar.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]