KUALA LUMPUR, 9 Ogos -- Dagang Nexchange Bhd (DNeX) akan membeli baki 50 peratus kepentingan dalam pembangunan Avalon Oilfield yang tidak dimiliki oleh PING Petroleum UK Ltd (PING UK) dengan jumlah US$17.0 juta (RM71.72 juta).
PING UK adalah anak syarikat milik penuh PING Petroleum Ltd (PING), ia akan menjadi 90 peratus anak syarikat 90 milik DNeX Energy Sdn Bhd (DESB) yang merupakan anak syarikat milik penuh DNeX.
DNEX dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata pembelian itu adalah susulan daripada perjanjian jual dan beli yang dimeterai antara PING UK dan Summit Exploration and Production Ltd (Vendor).
Vendor sebelum ini telah aktif mencari pembeli untuk baki 50 peratus kepentingannya dalam pembangunan Avalon Oilfield kerana dilaporkan berhasrat untuk keluar daripada perniagaan bahan api fosil.
"Sebagai pemilik bersama dan pengendali Avalon Oi, pengambilalihan yang dicadangkan akan membolehkan PING UK untuk mengelak sebarang keputusan bertentangan yang mungkin timbul sekiranya Vendor menjual 50 peratusnya kepada pihak ketiga.
"Selain itu, pembangunan Avalon Oilfield dijangka dapat menghasilkan peningkatan signifikan dalam pengeluaran minyak dan simpanan untuk PING UK," katanya.
DNeX berkata pembangunan itu juga akan mengurangkan risiko portfolio yang signifikan kerana pendapatan PING UK akan terhasil daripada dua kerja-kerja pemasangan yang bebas iaitu daripada kluster Anasuria dan Avalon Oilfield selepas pengeluaran pertama daripada Avalon Oilfield.
Pertimbangan pembelian itu akan dilakukan dengan dana yang dihasilkan secara dalaman, katanya.
Lesen berkaitan pembangunan Avalon Oilfield akan berakhir pada bulan Jun 2022.
-- BERNAMA
Â
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]