KUALA LUMPUR, 9 Ogos -- Manulife Investment Management (M) Bhd telah melancarkan Dana Peralihan Tenaga Global Manulife (Dana) yang bertujuan untuk menyokong peralihan ke arah ekonomi neutral karbon dan mengurangkan impak daripada perubahan iklim.
Manulife Investment Management berkata Dana berkenaan akan ditubuhkan sebagai dana pembekal borong yang bertujuan untuk mencapai peningkatan modal dengan melabur sekurang-kurangnya 95 peratus daripada nilai aset bersih (NAV) Dana dalam 'BNP Paribas Funds Energy Transition' (Dana Sasaran) sementara baki NAV Dana akan dilaburkan dalam aset cair.
'’Dana Sasaran yang diuruskan oleh BNP Paribas Asset Management Luxembourg ini akan dilaburkan dalam tiga bidang penting peralihan tenaga global – penyahkarbonan, pendigitalan dan pemencaran, yang membuka pelbagai peluang pelaburan dalam peralihan sistem tenaga global bernilai US$115 trilion (US$1=RM4.22)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia menambah Dana ini diedarkan secara eksklusif kepada pelanggan Standard Chartered Bank Malaysia.
"Dana ini sesuai bagi pelabur sofistikated yang bersedia untuk menerima risiko pasaran lebih tinggi dan nilai pelaburan yang turun naik dengan ketara, serta mahu mencapai peningkatan modal dan pendedahan kepada pelaburan dalam pasaran ekuiti global dengan tumpuan terhadap syarikat-syarikat yang terlibat dalam peralihan tenaga," jelasnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]