Berita

MSWG gesa pemegang saham Serba Dinamik undi tolak resolusi keluarkan juruaudit



KUALA LUMPUR, 29 Mei  -- Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada Sabtu menggesa semua pemegang saham minoriti  Serba Dinamik  Holdings Bhd supaya mengundi menolah resolusi yang mahu mengeluarkan KPMG PLT daripada menjadi juruaudit syarikat.

Ia menjelaskan sebagai sebahagian tadbir urus yang baik, KPMG sewajarnya dibenarkan menyelesaikan tugasnya dan melaporkan kepada para pemegang saham  Serba Dinamik  semasa mesyuarat agung tahunannya akan datang.

“Memandangkan syarikat itu mewujudkan tinjauan bebas khas dengan melantik firma bebas untuk menilai kebenaran dan ketepatan perkara yang dibangkitkan oleh juruaudit luar, maka juruaudit luar perlu kekal untuk mempertahankan hasil dapatan mereka dan menjelaskannya sendiri.

“Tiada kesegeraan untuk mengeluarkan juruaudit itu pada masa ini,” jelasnya menerusi kenyataan.

Pada Jumaat,  Serba Dinamik  mengumumkan ia telah menerima notis daripada Datuk Abdul Kadier Sahib, pengarah bukan bebas dan pemegang saham bagi 15.96 peratus daripada modal saham terbitan keseluruhan syarikat, yang mencadangkan mesyuarat agung luar biasa perlu diadakan untuk melantik BDO PLT sebagai juruaudit bagi menggantikan KPMG PLT.

KPMG sebelum itu telah membangkitkan isu berkaitan pembekal tertentu yang dilantik oleh  Serba Dinamik , syarikat utama bagi Program Pembangunan Vendor Petronas.

Dalam jawapan kepada pertanyaan Bursa Malaysia,  Serba Dinamik  menjelaskan ia akan menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menguruskan dan mengendalikan perkara berkaitan tinjauan bebas khas tersebut, yang akan melaporkan kepada lembaga pengarahnya.

Jawatankuasa itu akan terdiri terutama pengarah bukan eksekutif, penasihat undang-undang, juruaudit dalaman, setiausaha syarikat dan wakil pihak pengurusan, menurutnya.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]