Anora Agency Sdn Bhd Chief Executive Officer Samuel Soon (left) with Allianz Malaysia Berhad Chief Executive Officer Zakri Khir following the MoU signing ceremony at Menara Allianz Sentral
KUALA LUMPUR, 24 Mei -- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz) dan Anora Agency Sdn Bhd (Anora) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Envision Digital International Pte Ltd (Envision Digital) untuk menawarkan pemilik perkhidmatan fotovoltaik solar (PV) perlindungan dan pemantauan menyeluruh untuk aset tenaga solar mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd dan Allianz General, Zakri Khir berkata kerjasama dengan Anora, pengedar eksklusif produk insurans PV solar Alliance General dan Envision Digital, penyahkaburan global dan teknologi kecerdasan buatan terkemuka, sesuai dengan matlamat kumpulan insurans menjadi penggerak utama dalam membina masa depan yang lestari.
“Kerjasama berterusan kami dengan Anora akan memungkinkan kami memberikan perlindungan menyeluruh kepada pemilik PV solar, sama ada kediaman dan komersial.
"Kini, bersama dengan Envision Digital (aplikasi proprietari), kami akan mendapat akses kepada ramalan canggih dan analitik yang sangat diperlukan yang dalam pengurusan risiko serta turut membangunkann versi SolarPro yang lebih baru pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SolarPro, penyelesaian perlindungan insurans sistem PV solar yang ditaja jamin oleh Alliance General, menawarkan perlindungan semua jenis risiko dan memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan sistem PV solar serta kehilangan pendapatan atau simpanan disebabkan oleh gangguan sistem.
Sementara itu, EnOS, sebuah aplikasi pengoptimuman, ramalan, analitik canggih dan pemantauan akan membantu pemilik aset tenaga boleh diperbaharui dan pemasangan PV solar untuk memantau dan mengurus prestasi aset mereka.
Ini termasuk secara proaktif mengesan dan mendiagnosis kekurangan sistem operasi yang wujud atau masalah kesihatan komponen, serta memberikan cadangan atau intervensi untuk tindakan pencegahan atau pembetulan.
Tenaga boleh diperbaharui pada ketika ini menyumbang sebanyak 18 peratus daripada campuran tenaga di Malaysia dengan sasaran negara untuk meningkatkan kapasiti kepada 20 peratus pada tahun 2025.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]