Berita

Serba Dinamik hulur RM500,000 sumbangan Ramadan



KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Bagi meraikan kemuliaan Ramadan tahun ini,  Serba Dinamik  Holdings Berhad menerusi Serba Care Team telah menyampaikan pelbagai sumbangan bernilai RM500,000, melalui cawangan operasinya.

Pengerusi Serba Care Team Syaiful Radzman Osman berkata pihaknya telah menyantuni pelbagai golongan masyarakat sepanjang bulan mulia itu seperti B40, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, gelandangan dan petugas barisan hadapan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Ia termasuk pengagihan lebih 4,000 pek makanan untuk berbuka puasa di seluruh negara dan 2,000 bakul makanan dan keperluan asas kepada golongan gelandangan di tujuh kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain itu pihaknya turut menyumbang RM1,000 bagi setiap keluarga yang layak menerima zakat asnaf membabitkan enam lokasi di cawangan syarikatnya, bagi membantu mereka menampung perbelanjaan pada bulan mulia ini. 

“Melalui program ini, kita mengambil inisiatif berkongsi rezeki dan meraikan ketibaan bulan Ramadan selain ia merupakan kaedah terbaik untuk membolehkan syarikat ini menzahirkan rasa terima kasih kepada DBKL dan mendekati masyarakat di Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam,” katanya dalam satu  kenyataan hari ini. 

Syaiful Radzman berkata selain aktiviti di bulan Ramadan, pihaknya juga mengadakan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan sesi motivasi bersama lebih 10 rumah perlindungan di seluruh Malaysia.

Rangkaian kerjasama itu melibatkan beberapa anak syarikat  Serba Dinamik  termasuk Halal2go, ESPC, Easybuybye dan juga Syarikat SD Impex Sdn Bhd (SDI) seperti Asian Taste, AT Mart dan JM Bariani.

 Serba Dinamik  Holdings Berhad merupakan firma perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada industri penjanaan tenaga serta minyak dan gas.

-- BERNAMA



 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]