Serba Dinamik group managing director and chief executive officer Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah
KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Serba Dinamik Holdings Bhd akan menjadi rakan kongsi utama bagi Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020 yang akan diadakan bermula 1 Okt 2021 sehingga 31 Mac 2022.
Dalam kenyataan hari ini, Serba Dinamik berkata kerjasama itu akan menyokong dan memperkukuhkan misi Malaysia dalam mempromosikan teknologi dan inovasi negara di mata dunia ketika ekspo berkenaan.
Bertemakan “Connecting Minds, Creating the Future,” ekspo dunia itu dianjurkan pada setiap lima tahun membabitkan penyertaan dari 190 negara termasuk Malaysia.
Ekspo ini bertujuan mempromosikan kerjasama global, inovasi, pembangunan teknologi, kemajuan manusia dan pendidikan dengan edisi tahun ini buat julung kalinya akan diadakan di Timur Tengah.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) Shamsul Bahar Mohd Nor berkata sebagai penaja utama, ini akan membolehkan jenama Serba Dinamik dapat dilihat pada sepanjang ekspo berkenaan.
“Penajaan ini akan turut memastikan kejayaan acara Hari Malaysia pada 8 Jan 2022 ketika Malaysia akan menjadi tumpuan. Kita mempunyai pelbagai aktiviti untuk pengunjung bagi mendekatkan mereka dengan budaya kita,” katanya.
MGTC adalah agensi pelaksana bagi penyertaan Malaysia dalam ekspo itu, diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata melalui penglibatan ini, syarikat itu berharap dapat menggalakkan syarikat Malaysia untuk memanfaatkan ekspo berkenaan sebagai platform terbaik untuk mengakses pasaran global dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka.
“Ekspo Dubai 2020 yang dihoskan Emiriah Arab Bersatu, memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka wilayah Timur Tengah dengan ekonominya yang pelbagai, mantap dan dinamik,” katanya.
Pavilion Malaysia akan menganjurkan program perdagangan dan perniagaan mingguan bertema yang merangkumi 10 industri termasuk pendidikan, industri halal dan kewangan Islam.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]