Berita

RTB raih projek pasang siap bernilai RM37 juta

Rohas Tecnic Bhd

KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Anak syarikat milik penuh Rohas Tecnic Bhd (RTB), Rohas-Euco Industries Bhd (REI), menerima tempahan daripada Larsen & Toubro Ltd (L&T) untuk memasang siap projek menara penghantaran overhed 500 kilovolt dengan anggaran nilai RM37 juta.

Ia untuk talian penghantaran yang menghubungkan loji penjanaan tenaga 1,200 MW di Pulau Indah ke pencawang utama Olak Lempit.

Talian penghantaran itu kira-kira 37 km panjang dan projek itu, terdiri daripada pasang siap dan pembekalan menara kekisi, menurut RTB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Projek itu dijangka bermula pada April 2021 dan dianggarkan siap dalam tempoh 12 bulan.

Projek terkini itu akan menetapkan rekod baharu bagi menara kekisi penghantaran tertinggi di Malaysia.

Selepas berjaya disiapkan, RTB berkata projek itu akan membolehkan loji penjanaan baharu tersebut memenuhi permintaan terhadap elektrik yang semakin meningkat di Lembah Klang dan turut membekalkan kepada sistem grid elektrik negara.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]