KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Sebanyak 17 pengimport gas asli cecair (LNG) dan 12 penghantar telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Tenaga untuk menyertai pasaran akses pihak ketiga (TPA), menurut Persatuan Gas Malaysia (MGA).
Dalam kenyataan hari ini, Presiden MGA Hazli Sham Kassim berkata TPA adalah blok binaan asas untuk liberalisasi pasaran gas.
“TPA yang menarik akan memastikan kejayaan liberalisasi pasaran gas, membawa kepada industri gas yang berdaya maju dan mampan.
“Industri ini telah memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menawarkan pekerjaan dalam rantaian nilainya,” katanya.
MGA mewakili lebih 130 ahli korporat yang memberikan perkhidmatan kepada seluruh rantaian nilai gas, daripada huluan kepada hiliran.
Persatuan itu berkata pasaran gas Malaysia dijangka diliberalisasi sepenuhnya pada 2022 apabila baki tarif gas yang dikawal selia berakhir pada 31 Dis, 2021.
“Liberalisasi pasaran gas sepenuhnya menetapkan landasan ke arah industri gas asli yang berdaya maju dan mampan.
“Negara telah mendapat manfaat dan akan terus meraih manfaat daripada gas asli sebagai sumber tenaga yang penting, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan tenaga kita,” katanya.
Katanya industri gas telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sosio ekonomi Malaysia, membawa impak ekonomi bernilai lebih RM135 bilion setahun dan mewujudkan lebih 80,000 pekerjaan dalam ekonomi yang lebih luas.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]