Berita

T7 Global dapat kontrak RM50 juta daripada Petronas Carigali

Photo: Facebook

KUALA LUMPUR, 4 Mei  -- Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM50 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. 

Dalam kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian tenaga itu berkata kontrak itu merangkumi penyediaan palam dan perkhidmatan bersepadu peminggiran bagi platform Pulai A di Semenanjung Malaysia.

Arahan kerja itu adalah di bawah kontrak payung Pan Malaysia dan berkuat kuasa mulai 29 Mac hingga 28 Disember tahun ini.

Katanya, di bawah kontrak itu, Tanjung Offshore akan terlibat dalam kerja-kerja yang akan datang bagi perkhidmatan telaga bersepadu untuk proses kerja dan peminggiran telaga daripada Kontraktor Pengaturan Petroleum di Malaysia.

Pengerusi T7 Global Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata kontrak itu akan memperkukuhkan kedudukan kumpulan itu sebagai penyedia perkhidmatan telaga bersepadu di Malaysia dan mengekalkan keupayaan teknikalnya untuk melaksanakan projek kompleks luar pesisir dalam rantaian nilai tenaga.

Beliau berkata perkhidmatan telaga bersepadu yang merangkumi penghasilan telaga dan peminggiran telaga lama akan membentuk sebahagian daripada penyelesaian tenaga jangka panjang kumpulan itu untuk syarikat minyak utama.

“Kami optimis terhadap industri minyak dan gas tempatan berikutan unjuran yang stabil untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“Petronas kekal komited untuk memaksimumkan pengeluaran minyaknya dan terdapat lebih 500 telaga dirancang untuk dipasang secara kekal menjelang 2030 berikutan trend peningkatan telaga terbiar,” tambahnya.

Nik Norzrul berkata dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kumpulan itu menyasarkan untuk meraih lebih banyak kerja seumpama itu dengan menyediakan penyelesaian telaga yang inovatif kepada Petronas dan syarikat minyak utama lain di rantau ini.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]